Thursday 3 December 2009

AQUADA - Sesuai untuk tempat yang slalu banjir....

Friday, November 5, 2004 11:31 AM
==========================
Kereta dua alam yang telah terbukti... No need to worry abt floods..........








Wednesday 18 November 2009

Pepohon Wajah...

Ada berapa muka yang korang nampak? 8? 9? atau 10? Kira jangan x kira...


Wednesday 16 September 2009

HAPPY ENGINEERS DAY...

Monday, September 13, 2004 9:43 AM
===========================

Bersempena dengan bulan jurutera nih, cuba bayangkan hidup anda tanpa mereka... Alamat merana ar... Thanks engineers terutamanya kakak Chacha yg tercinta... Tanpamu dunia ini mungkin gulap gulita.... Heha...







Becareful Your Car!

Friday, October 22, 2004 6:20 PM
========================

Sapa tau kat mana nak dapatkan kanvas kereta camni? Ble Chacha tutup kete Ferari Chacha tuh... Heha...





Friday 28 August 2009

Miracle!!

Thursday, December 23, 2004 3:24 PM
===========================

Ajaib!! Sungguh ajaib.. Mcm tau2 je binatang tu ek... Tak ada otak tapi pandai hormat lebih dari manusia sendiri...


Wednesday 26 August 2009

Karnival Ramadhan


Pantun Ramadhan

Sampai sudah bulan mulia
Bulan Ramadhan untuk berpuasa
Waktu sahur beratnyer mata
Waktu buka terbeliak semua

Waktu sahur bersantaplah kita
Untuk tenaga waktu berpuasa
Waktu berbuka mesti berjaga
Jgn cam Jin asyik badok aje

Akan ditempuh selama sebulan
Dari minum dan juga makan
Walau semua setan dah ditahan
Janganlah anda jadi gantian

Bersabar adalah kunci puasa
Amalan baik menghapusi dosa
Kalau asyik mengamuk saja
Puas hati buka,takyah posa

Selepas berbuka bersolatlah kita
Berterawih beramai bersama-sama
Janganlah malas nak berlengkar aje
Serupa tak ubah cam ular sawa

Bulan Ramadhan bulan mulia
Bulan yang penuh berkah dariNYA
Ada orang sebulan tak posa
Bila raya..fuuuyoooh dia yang terror

Alangkah indah bulan Ramadhan
Berpuasa,beramal bermacam dikerjakan
Wahai kawan,teman dan rakan
Selamat berposa & menyambut Ramadhan...

Monday 24 August 2009

Mari Melawat Bazar Ramadhan! Cepat Cha Cha Nak Belanja ni! Sape cepat dia dapat!!!!

Mari-mari rapat-rapat.. Adik kakak pilih saja yang mana berkenan... Heha... Ini merupakan antara juadah2 berbuka puasa yang terdapat di Ramadan Bazaar Shah Alam Stadium, Section 13, Ramadan Bazaar Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, Ramadan Bazaar SS18 Subang Jaya, Ramadan Bazaar Bangsar & Ramadan Bazaar Taman Tun Dr Ismail, KL... Datanglah sempena cuti-cuti sekolah ni... Kepada ibu2 mengandung adalah dilarang keras melihatnye kerana dikhuatiri mengidam... Heha...






















DAKYAH KURMA ISRAEL!!

Salam..

Sekarang dah pun masuk hari keempat puasa......... Berhati-hati........ Be careful of Kurma Yahudi.. Tolong Distribute! Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia. Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi. Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini.. kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini. Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun, walaupun dari segi ekonomi.

PLEZ FOWARD...






JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN

  • 4.00 pagi Bangun Berdoa kepad ALLAH dengan doa : Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.
  • 4.20 pagi Solat Sunat Taubat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.
    Solat Sunat Tahajjud Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
    Solat Sunat Hajat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
    Solat Sunat Witir Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
  • 5.00 pagi Makan Sahur Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
  • 5.28 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
  • 7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.
  • 10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.
    Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.
    Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.
  • 12.45 tgh Bersiap untuk solat Zohor. Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
  • 4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar. Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
  • 5.30 ptg Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!
  • 6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka. Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
    Apabila masuk waktu magrib. Bacalah doa dan berbuka : Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.
  • 8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih. Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)
  • 11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur. Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!) Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur : Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Saturday 22 August 2009

First day puasa semalam...

Kesian semua kucing x larat... Maap ye para meow, siang2 xde makanan.. Tunggu Buka ek!! Heh...


Friday 21 August 2009

All the man are same - the last one is cool!!!

Wednesday, December 15, 2004 4:55 PM
=============================