Showing posts with label Lawaking-Funny. Show all posts
Showing posts with label Lawaking-Funny. Show all posts

Wednesday, 19 August 2009

SenYuM2 .....

Wednesday, September 15, 2004 11:54 AM
===============================

Bawak-bawaklah relakssss sekejap...
Lawak1
~~~~~
Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter...
Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa??
Petugas kaunter : Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam 7 Gemas. Makcik nak pergi mana??
Makcik : Makcik nak melintas aja.

Lawak 2
~~~~~~
Bangla dan rakannya sedang berbual.
Bangla : Esok saya nak balik bangladesh, isteri saya mengandung 3 bulan.
Rakan : Wah mesti awak gembira
Bangla : Sudah tentu, sudah 3 tahun saya tak balik!
Rakan : ?????

Lawak 3
~~~~~~
Di sekolah tabika.
Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
Amri : Tiga, cikgu
Cikgu : Awak yg paling tua?
Amri : Tak. Atuk saya....

Lawak 4
~~~~~~
Cerita pak pandir....
Suatu hari pak pandir sedang berjalan pulang ke rumahnya dari kedai kopi. Sedang dalam perjalanan itu dia telah ternampak sesuatu.
Pak pandir : Eh.. pe menda le ni.. cam taik la...
Lalu pak pandir pun mencolek sedikit benda tersebut dan mencium lalu merasanya menggunakan lidahnya....

Pak pandir : eee.... memang taik lah.. nasib baik aku tak pijak.....!!!!!!!!

Lawak 5
~~~~~~
Sorang nurse di hospital sakit jiwa nampak sorang pesakit sedang tulis surat.
Nurse : Ko tulis surat kt sapa?
Gila : Aku tulis surat untuk diri aku sendiri
Nurse : Jadi.. apa yang ko tulis?
Gila : Mana aku tau? Esok pagi bila posmen hantar, baru la aku boleh baca.

Lawak 6
~~~~~~
Ada seorang pemuda ke kedai mamak dia hanya ada 70 sen semasa itu.
Pemuda : Mamak berapa harga teh panas dengan sejuk?
Mamak : Panas 70 sen sejuk RM1.20.
Pemuda : Bagi teh panas 1.

Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum.

Mamak : Kenapa awak minum cepat sangat?
Pemuda : Kalau saya tunggu lama2 nanti sejuk tak fasal2 saya kena bayar RM1.20.

Puding Yang Enak...

Wednesday, December 8, 2004 10:53 AM
=============================

Seorang pencuri sangat pakar merompak bank di mana kepakaran utamanya adalah memecahkan kod rahsia pintu lemari besi.Ia selalu bekerja sendiri tanpa dibantu anak buah atau asistennya.

Suatu ketika, ketika di tengah malam dia memasuki sebuah bank yang baru 1 minggu dibuka / dirasmikan. Sebuah lemari penyimpanan dengan nombor rahsia yang paling canggih berhasil dibukanya.Namun ia sedikit hairan kerana di sana tidak terdapat wang sama sekali, melainkan cawan-cawan berisikan puding warna susu. Ruangannya pun dingin sekali.

Akhirnya ia memutuskan untuk memakan puding- puding tersebut sebelum membuka lemari besi lainnya. Kerana lapar ia habiskan semua puding di lemari besi pertama. Lemari besi kedua berhasil dibuka, sekali lagi ia terjumpa puding dalam cawan-cawan plastik.

Seluruh lemari ada 5 unit, dan kesemuanya berisi puding, dan ia menghabiskan banyak sekali puding. Namun ia dengan kekenyangan pulang ke rumah dan masih agak heran, kenapa bank itu tidak menyimpan wang sama sekali. Atau mereka memang sudah mengetahuinya akan dicuri? Aah biarlah yang penting aku kenyang

Keesokan paginya dengan setengah mengantuk ia terbangun kerena suara penghatar surat khabar memasukkan surat khabar ke dalam rumahnya melalui celah jendelanya. Sambil menguap dia membuka surat khabar dan terpaku melihat Head Line di halaman pertama dengan judul bertuliskan dengan huruf yang besar -besar.
...
..
..
.
.
.
.
BANK SPERMA DIROMPAK