Friday 28 August 2009

Miracle!!

Thursday, December 23, 2004 3:24 PM
===========================

Ajaib!! Sungguh ajaib.. Mcm tau2 je binatang tu ek... Tak ada otak tapi pandai hormat lebih dari manusia sendiri...


Wednesday 26 August 2009

Karnival Ramadhan


Pantun Ramadhan

Sampai sudah bulan mulia
Bulan Ramadhan untuk berpuasa
Waktu sahur beratnyer mata
Waktu buka terbeliak semua

Waktu sahur bersantaplah kita
Untuk tenaga waktu berpuasa
Waktu berbuka mesti berjaga
Jgn cam Jin asyik badok aje

Akan ditempuh selama sebulan
Dari minum dan juga makan
Walau semua setan dah ditahan
Janganlah anda jadi gantian

Bersabar adalah kunci puasa
Amalan baik menghapusi dosa
Kalau asyik mengamuk saja
Puas hati buka,takyah posa

Selepas berbuka bersolatlah kita
Berterawih beramai bersama-sama
Janganlah malas nak berlengkar aje
Serupa tak ubah cam ular sawa

Bulan Ramadhan bulan mulia
Bulan yang penuh berkah dariNYA
Ada orang sebulan tak posa
Bila raya..fuuuyoooh dia yang terror

Alangkah indah bulan Ramadhan
Berpuasa,beramal bermacam dikerjakan
Wahai kawan,teman dan rakan
Selamat berposa & menyambut Ramadhan...

Monday 24 August 2009

Mari Melawat Bazar Ramadhan! Cepat Cha Cha Nak Belanja ni! Sape cepat dia dapat!!!!

Mari-mari rapat-rapat.. Adik kakak pilih saja yang mana berkenan... Heha... Ini merupakan antara juadah2 berbuka puasa yang terdapat di Ramadan Bazaar Shah Alam Stadium, Section 13, Ramadan Bazaar Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, Ramadan Bazaar SS18 Subang Jaya, Ramadan Bazaar Bangsar & Ramadan Bazaar Taman Tun Dr Ismail, KL... Datanglah sempena cuti-cuti sekolah ni... Kepada ibu2 mengandung adalah dilarang keras melihatnye kerana dikhuatiri mengidam... Heha...






















DAKYAH KURMA ISRAEL!!

Salam..

Sekarang dah pun masuk hari keempat puasa......... Berhati-hati........ Be careful of Kurma Yahudi.. Tolong Distribute! Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia. Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi. Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini.. kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini. Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun, walaupun dari segi ekonomi.

PLEZ FOWARD...






JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN

  • 4.00 pagi Bangun Berdoa kepad ALLAH dengan doa : Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.
  • 4.20 pagi Solat Sunat Taubat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.
    Solat Sunat Tahajjud Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
    Solat Sunat Hajat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
    Solat Sunat Witir Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
  • 5.00 pagi Makan Sahur Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
  • 5.28 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
  • 7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.
  • 10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.
    Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.
    Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.
  • 12.45 tgh Bersiap untuk solat Zohor. Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
  • 4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar. Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
  • 5.30 ptg Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!
  • 6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka. Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
    Apabila masuk waktu magrib. Bacalah doa dan berbuka : Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.
  • 8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih. Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)
  • 11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur. Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!) Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur : Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Saturday 22 August 2009

First day puasa semalam...

Kesian semua kucing x larat... Maap ye para meow, siang2 xde makanan.. Tunggu Buka ek!! Heh...


Friday 21 August 2009

All the man are same - the last one is cool!!!

Wednesday, December 15, 2004 4:55 PM
=============================





Wednesday 19 August 2009

SenYuM2 .....

Wednesday, September 15, 2004 11:54 AM
===============================

Bawak-bawaklah relakssss sekejap...
Lawak1
~~~~~
Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter...
Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa??
Petugas kaunter : Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam 7 Gemas. Makcik nak pergi mana??
Makcik : Makcik nak melintas aja.

Lawak 2
~~~~~~
Bangla dan rakannya sedang berbual.
Bangla : Esok saya nak balik bangladesh, isteri saya mengandung 3 bulan.
Rakan : Wah mesti awak gembira
Bangla : Sudah tentu, sudah 3 tahun saya tak balik!
Rakan : ?????

Lawak 3
~~~~~~
Di sekolah tabika.
Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
Amri : Tiga, cikgu
Cikgu : Awak yg paling tua?
Amri : Tak. Atuk saya....

Lawak 4
~~~~~~
Cerita pak pandir....
Suatu hari pak pandir sedang berjalan pulang ke rumahnya dari kedai kopi. Sedang dalam perjalanan itu dia telah ternampak sesuatu.
Pak pandir : Eh.. pe menda le ni.. cam taik la...
Lalu pak pandir pun mencolek sedikit benda tersebut dan mencium lalu merasanya menggunakan lidahnya....

Pak pandir : eee.... memang taik lah.. nasib baik aku tak pijak.....!!!!!!!!

Lawak 5
~~~~~~
Sorang nurse di hospital sakit jiwa nampak sorang pesakit sedang tulis surat.
Nurse : Ko tulis surat kt sapa?
Gila : Aku tulis surat untuk diri aku sendiri
Nurse : Jadi.. apa yang ko tulis?
Gila : Mana aku tau? Esok pagi bila posmen hantar, baru la aku boleh baca.

Lawak 6
~~~~~~
Ada seorang pemuda ke kedai mamak dia hanya ada 70 sen semasa itu.
Pemuda : Mamak berapa harga teh panas dengan sejuk?
Mamak : Panas 70 sen sejuk RM1.20.
Pemuda : Bagi teh panas 1.

Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum.

Mamak : Kenapa awak minum cepat sangat?
Pemuda : Kalau saya tunggu lama2 nanti sejuk tak fasal2 saya kena bayar RM1.20.

Puding Yang Enak...

Wednesday, December 8, 2004 10:53 AM
=============================

Seorang pencuri sangat pakar merompak bank di mana kepakaran utamanya adalah memecahkan kod rahsia pintu lemari besi.Ia selalu bekerja sendiri tanpa dibantu anak buah atau asistennya.

Suatu ketika, ketika di tengah malam dia memasuki sebuah bank yang baru 1 minggu dibuka / dirasmikan. Sebuah lemari penyimpanan dengan nombor rahsia yang paling canggih berhasil dibukanya.Namun ia sedikit hairan kerana di sana tidak terdapat wang sama sekali, melainkan cawan-cawan berisikan puding warna susu. Ruangannya pun dingin sekali.

Akhirnya ia memutuskan untuk memakan puding- puding tersebut sebelum membuka lemari besi lainnya. Kerana lapar ia habiskan semua puding di lemari besi pertama. Lemari besi kedua berhasil dibuka, sekali lagi ia terjumpa puding dalam cawan-cawan plastik.

Seluruh lemari ada 5 unit, dan kesemuanya berisi puding, dan ia menghabiskan banyak sekali puding. Namun ia dengan kekenyangan pulang ke rumah dan masih agak heran, kenapa bank itu tidak menyimpan wang sama sekali. Atau mereka memang sudah mengetahuinya akan dicuri? Aah biarlah yang penting aku kenyang

Keesokan paginya dengan setengah mengantuk ia terbangun kerena suara penghatar surat khabar memasukkan surat khabar ke dalam rumahnya melalui celah jendelanya. Sambil menguap dia membuka surat khabar dan terpaku melihat Head Line di halaman pertama dengan judul bertuliskan dengan huruf yang besar -besar.
...
..
..
.
.
.
.
BANK SPERMA DIROMPAK

Longan & Lychees in Thailand...

Wednesday, November 3, 2004 10:48 AM
=============================

Actually apa yang korang cakap tu betoi.... aku dok dekat sempadan Thai so lbh kurang tau arr pasal mendealah ni dan kita org mmg tak makan buah laici, longan atau buah mata kucing....

For ur information mereka menggunakan gunpowder atau pon kabait untuk memastikan buah itu masak seblom tempohnya... n they use some chimical process to make sure all the fruits so sweet n delicious.....

And THE MOST IMPORTANT THING to make SURE THEIR FRUIT TAHAN LAMA... they USE UBAT AWET MAYAT to proctect THE FRUIT FROM ANY INSECT or anything that can DAMAGE THE FRUIT.....

Kalo korang tak caya cuba buat test ni.... korang beli buah longan atau laici from thai pastu korang jangan basuh dan letak tanpa membungkus atau tertutup. SAYA JAMIN TAK ADA SEMUT atau SEBARANG SERANGGA yang akan menghampiri THAT FRUIT...... so kalo korang dah tau tapi masih nk makan up 2 u lah... bodi korang ikot korang ler... tp yg sayangkan diri tu....

sampai2 kanlah pd yg lain..... insya-Allah bende yang baik tak akan menyusahkan kita... malah bertambah berkat idop kita. wassalam...

Mermaid Found In Philippines...

Monday, November 22, 2004 9:56 AM
==========================

































Monday 17 August 2009

Edisi Siasat NTV7 - Penunggang Haram !!!!!

Tuesday, September 14, 2004 12:17 AM
============================


Berhati-hati dgn minyak angin yg kita guna.....

Wednesday, September 1, 2004 11:57 AM
=============================

Ini untuk pengetahuan awak dan bolehlah awak sampaikan atau pesan kepada kawan-kawan tanpa mengira kaum agar apa yang berlaku kepada anak saya tidak berulang kepada anak kawan-kawan kita dan juga umat manusia seluruhnya. Ahmad Tarmizi Ahmad Basri ( anak kesayangan saya yang kelima) 3 tahun.
  • 17/08/04 Deman biasa dan dibawa ke klinik untuk perubatan.
  • 18/08/04 Masih deman dan perut kembong akibat tak selera makan kerana sakit tekak (bengkak)
  • 19/08/04 Saya kurang senang dengan kesihatan anak saya dan bawa dia berjumpa doktor pakar.Setalah diperiksa soalan pertama yang doktor tanya kepada saya serta isteri saya ialah ....'ada sapu apa-apa minyak di perut' bererti sebagai doktor dengan ilmu kedoktorannya dia tahu bahawa puncanya adalah disebabkan minyak angin.
Anak saya dimasukan ke wad. Dia dalam keadaan koma tanpa membuka mata, berkata-kata ,bergerak dan pernafasan pun dibantu dengan alat penafasan oksigen. Darah, kencing diambil bagi tujuan pemeriksaan.

Keputusan pemeriksaan :
Hati anak saya bengkak teruk disebabkan minyak angin telah menyerap masuk ke dalam tubuhnya. Kencing anak saya juga mengandungi minyak tersebut. Kesemua saluran darah menghadapi kesukaran akibat minyak itu.Anak saya tak sedarkan diri dan terus koma. Dia dibawa ke wad ICU dan dirawat oleh 6 orang doctor, antara 6 orang doktor, darinya adalah dari Jerman.

Kedua belah kakinya ditebuk untuk memasukan ubat dan oksigen dengan mengunakan tiub. Kedua tangan juga ditebuk untuk kemasukan glukos dan darah Kepala juga ditebuk di bahagian dahi untuk memasukan cecair ubat.

Saya disuruh oleh pihak hospital untuk tandatangan hampir 7 keping document untuk membenarkan anak saya diselamatkan dengan apa jua risiko tanpa menyalahkan pihak doktor. Saya bersetuju.

AlhamdullilAllah... Anak dapat diselamatkan akhirnya dengan izin Allah dan kini dia telah dipindahkan ke wad biasa. Dia telah pulih hampir 80% dan sudah mampu untuk memanggil saya BAPAK bila saya disisi.

Iklas, ketika anak dalam keadaan sedemikian segala harta, moto besar, kereta dan semua yang ada di dalam dunia ini tidak bernilai lagi. Hampir 3 hari saya tak makan langsung dan air mata sentiasa berlinangan, saya seolah hilang malu dan tak bernyawa.

Kepada anda semua, tolong pastikan jangan ada walaupun satu botol minyak-minyak yang dibeli direct dari penjual tepi jalan,penjualrumah-kerumah,pemberian dari jiran dan sebagainya kerana mungkin ianya akan membunuh anak kita sebab kita sendiri pun tak tahu isi kandungannya.

Tergerak hati saya untuk memberihatu awak dengan harapan pengajaran ini dapat membantu anak orang lain dari menjadi mangsa MINYAK seperti anak saya.

Terima kasih...