Wednesday, 11 February 2009

Lawak Antarabangsa...

Friday, June 25, 2004 3:52 PM
======================


Gunakan Bahu
==========

Seorang nenek sedang memandu arah kepada cucunya beserta isteri cucunya yang hendak datang berkunjung ke apartmentnya melalui telefon....

"Kamu masuk melalui pintu depan kompleks apartment, dan lihat Blok Apartment bernombor 5B. Bila sampai kamu masuk melalui pintu utamanya dan gunakan lif.. Nanti didalam lif kamu gunakan bahu untuk menekan butang ketingkat 8... Keluar dari lif kamu belok kekiri, dan kamu akan lihat ada pintu bernombor 10.. sekali lagi kamu tekan interkom dipintu itu menggunakan bahu...Di situ seorang jaga akan menjawab dan membuka pintu kepada kamu.. melalui pintu itu kamu berjalan terus hingga nampak pintu yang tertulis nama "Nafisah"... lalu sekali lagi kamu gunakan bahumu untuk menekan loceng di pintu itu dan aku akan keluar membukanya..."

"Baiklah nenek..." jawab cucunya.. lalu menyambung..

"Tapi kenapa setiap butang.. saya mesti menekan dengan bahu saya?"

Nenek terus menjawab.. "Laaa engkau nie.. ! takkan lah dari jauh kamu datang nak mengunjungi nenekmu ini tanpa membawa apa-apa?"

BPR
===

Seorang pegawai dipanggil untuk di soal siasat oleh BPR (Badan Pencegah Rasuah). Lalu dia meminta nasihat akauntannya bagaimana sebaiknya ia mengenakan pakaian...

"Kau pakailah pakaian yang buruk dan hanya berselipar.Biar mereka fikir engkau miskin" jawabnya. Lalu lelaki itu bertanya pula kepada penyelia bawahannya.. tapi jawapannya berbeza.. "Jangan takut.. engkau pakailah pakaian yang mewah dan eksesori yang mahal..." Kerana kebingungan.. pegawai tadi pergi pula berjumpa dengan bosnya.. "Senang saja.. aku ada satu cerita yang hampir serupa..." kata bosnya dan menyambung..."Ada seorang wanita muda, menjelang perkahwinanya, dia meminta nasihat ibunya apa yang harus dipakai pada malam pengantin."

"Pakailah gaun yang tebal, panjang, yang menutup lehermu". jawab ibunya. Tapi waktu dia pergi meminta nasihat dari kawan karibnya.. dia mendapatkan nasihat yang berbeza: "Engkau pakai aje gaun nipis yg paling seksi, bahagian lehernya terbuka sampai ke dada.."

Pegawai tadi semakin kebingungan dan berkata.."Tapi, apa kaitan semua ini dengan masalah yang saya hadapi dengan BPR?". Bosnya berkata...

"Tak kira apapun yang engkau pakai, kau tetap akan kena..."

GUGUP
=====

Seorang lelaki bertubuh kecil menjadi saksi di mahkamah untuk suatu kejadian rogol... Lelaki itu kelihatan ragu-ragu dan gugup ketika dimintai memberikan keterangannya oleh seorang peguambela... Dengan suara yang kuat peguambela itu bertanya...

Peguam : "Anda sudah berkahwin?"

Lelaki : "Su.. Su.. dah, encik"

Peguam : "Siapa yang Anda kahwini?"

Lelaki : "Se.. Se.. seorang perempuan.. encik!"

Peguambela tersebut dengan marah berkata..

Peguam : "Sudah tentu anda akan berkahwin dengan perempuan... apa anda pernah dengar ada yang berkahwin dengan lelaki?"

Lelaki : "Ada encik.. adik perempuan saya..."

BUANG AIR KECIL
=============

Seorang budak kecil bernama adi ditegur oleh pengawal kolam renang di sebuah kolam renang umum.

Pengawal : "Adik tidak boleh buang air kecil di kolam renang ini! Kalau abang masih dapati adik mengulanginya lagi, abang akan melaporkannya kepada ayah adik!"

Budak : "Tapi setahu saya banyak orang yang buang air kecil di dalam kolam renang"

Pengawal : "Mungkin betul tu... tapi tidak dari papan terjun"

No comments:

Post a Comment